Saturday, September 26, 2009

aku sebuah motorsikal. Part II

Cerita ini merupakan sambungan luahan rasa sebuah motorsikal, sepertimana yang pernah disiarkan sebelum ini

bukan gambar hiasan

Ramadhan tiba. Ramadhan adalah sebuah bulan di mana kaum muslimin akan di uji Allah dengan ujian yang menguji tangga keimanan dan keksabaran. begitu juga dengan tuan ku.

Beberapa hari sebelum syawal menjelang, sesuatu yang sangat mendukacitakan telah berlaku..

Mlm 14 sept, lebih kurang pukul 12 mlm, tuan ku telah menerima sebuah panggilan dari.

"usaid, tadi suhail(adik kepada tuan ku) pinjam motor, tarawih dekat masjid. lepas tu motor tu dah hilang, kene curi kot"

Tuan ku. "ape die.." tak terkata..

Pada malam itu, tuan ku mengalami kemurungan yang sangat dahsyat. Hilang mood die nak sambut raya. Aku telah di lesapkan tanpa kerelaannya. Mana taknya, buah hati pengarangnya telah di sapu oleh malaun yang tak berhati perut. Satu malam tuan ku bersedih. Nak buat repot polis pun dah malas. Duduk memerap dalam bilik. Satu persatu kenangan bersamaku terngiang-ngiang di mindanya. Nasib baik die steady lagi dan tak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Tapi hatinya meraung kesedihan terkenangkan ku.

Tapi cerita masih belum tamat disini..

Keesokan paginya, tuan ku buat repot polis. Kalau diikutkan hatinya, malas dah, sebab insuran 3rd party, tak cover kecurian.huhu.

Pada tengah hari 15 Sept, Tuan ku telah menerima panggilan dari Polis mengatakan aku telah dijumpai semula, tidak jauh dari tempat aku di curi. Alhamdulillah, berkat Ramadhan Al- Mubarak. Tapi malangnya, tayarku depan belakang dah xde. Jadi MKU (motor kurang upaya) aku sebentar.huhu. Tapi syukur kerana bahagian badan aku yang lain tidak di apa-apakan. Tuan ku kembali gembira. senyuman kembali di wajahnya. Usaid jangan sedih lagi ye, aku berbisik, Tapi aku tau die tidak dapat memahami bahasa motor.hu.

Aku dihantar ke bengkel dan dianugerahkan tayar dan rim yang baru. Hikmah dari kecurian ini, aku telah di servis dan aku telah di berikan beberapa bahagian baru yang lain..

-coverset depan
-brek depan depan dan belakang
-Lock handle
-tayar
-rim (2nd hand)
-dan beberapa lagi.hehe

Kini aku kembali berkhidmat pada tuan ku semula. Aku berdoa semoga negara ini melaksanakan undang-undang syariah, dan pencuri tu kene tangkap, lepas tu kene Hadd Sirqah, baru die paham sikit. Kurang ajaran agama betul pencuri tu. Cubalah barang die orang lain ambik, marah tak, sedih tak.

Harapan kepada tuan ku. Selepas ini jagalah aku dengan sebaiknya. Janganlah biarkan aku terlepas kepada tangan2 durjana itu.

Dan yang terakhirnya, aku ingin mengambil kesempatan ini (OB of my master) untuk mengucapkan selamat hari raya Fitri dan Maaf Zahir dan batin. Peace

Friday, July 10, 2009

NATRAH. A TRIBUTE

'aku hanya merasa nikmat bahgia, ketika zaman kanak-kanak ku' -Natrah



NATRAH

kejatuhan si perawan di kota temasek...
jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......

Hadiran nya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...

Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan

Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti

Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....

Re Maria Hertogh@Natrah

Natrah bersama suaminya Mansor adabi


Bagi pelajar undang-undang, nama ini mungkin familiar.

Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia di Belanda

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

Sumber: Harakahdaily.net

Thursday, July 2, 2009

adam dan hawa


Adam Dan Hawa

Artist: Ramli Sarip

Bila sendirian dalam syurga tak bermakna
Harum suasana tak upaya bercanda
Pada siapa ku bentangkan tikar cinta
Aku Adam tanpa cinta tak ke mana

Tuhan terima kasih kerana kau menghayati
Hawa nan di beri syurga makin berseri
Ku bukakan pintu cinta yang menanti
Ku hamparkan rasa rindu di tapak kaki

Hawa kemarilah ku tunjukkan syurga ku
Sabar kau kan tahu diri ini syurgamu
A... aaa kita kan bersatu
A... aaa beradu

Syurga tanpa Hawa bagai cinta tak bertuan
Hawa dalam syurga cinta bagai tak keruan
Ciptaan Mu paling mistik ku tertawan
Aku hamba dalam cinta rekaan

Tuhan mengapakah ku keliru di sini
Hawa dirusuk ku bagai duri di hati
A... aaa manakah syurga ku

Hawa dalam syurga atau syurga dalam Hawa
Cinta tanpa Hawa di syurgakah tempatnya
A... aaa cinta yang berhawa
A... aaa sengsara


Ni salah satu 'masterpiece' dari papa roach, Ramli Sarip. Susah nak tafsir lagu ni. Banyak maksud yang di bawa.

just want to quote this ;

Tuhan mengapakah ku keliru di sini
Hawa dirusuk ku bagai duri di hati
A... aaa manakah syurga ku

Hawa dalam syurga atau syurga dalam Hawa
Cinta tanpa Hawa di syurgakah tempatnya
A... aaa cinta yang berhawa
A... aaa sengsara

Abang Ramli, teruskan. Jangan kau berhenti disitu (ayat uncle Apis).

Wednesday, July 1, 2009

GADOH



Filem melayu mungkin filem terakhir yang saya akan tonton. Tapi tidak untuk 'GADOH'. Ia bukan filem yang duduk sebaris dengan filem-filem seperti jangan pandang belakang congkak ataupun nana tanjung yang entah apa mesej yang cuba nak disampaikan.

Filem arahan bersama Brenda Danker dan Namron ini menceritakan situasi yang sebenar berlaku di Malaysia. Isu perkauman, keciciran pendidikan, masalah sosial, politik dan gangsterism diolah dengan baik dalam filem ini.

Walaupun masih ada banyak kekurangan dan tidak menampilkan kan 'star', namun idea yang cuba di sampaikan dalam filem ini bagi saya lebih mahal daripada Filem cicak man.

Katakan tidak untuk filem lawak tak 'berakai' yang berlambak-lambak dekat Malaysia ni. Nak tengok filem bermesej, tengoklah GADOH.

selamat menonton




Thursday, June 4, 2009

aku sebuah motorsikal

gambar hiasan


Penulisan ini adalah sempena ulang tahun yang ke dua WMA 7941 berkhidmat kepada tuannya.


Namaku ialah Kriss Modenas. Aku dilahirkan disebuah Kilang di kulim, Kedah. Aku didaftarkan dengan No. Pendaftaran WMA 7941. Aku di kategorikan dalam jenis motorsikal sederhana, tak laju sangat, tak 'slow' sangat dan tak mahal sangat dan tak murah sangat (btul ke). Sekitar bulan jun tahun tahun 2007, aku telah di beli oleh seorang pemuda, yang merupakan seorang pelajar IPTA di Gombak. Walaupun aku berstatus '2nd hand', namun ia tidak menghalang dari tuan aku dari membeli, mungkin kerana' budget' nyer rendah.hehe. Menurut tuan aku, aku di beli dengan hasil titik peluh tuan aku bekerja part time selama dua bulan lebih di tambah dengan sumbangan dari bank 'MBF'. Sejak daripada itu aku menjadi milik tuan ku dan mula menabur bakti padanya.

Walaupun tuan ku, merupakan pelajar undang-undang, namun hampir dua tahun aku di tunggang tanpa mengambil kira undang-undang, iaitu sepanjang tempoh itu, dia tidak mempunyai lesen memandu. Hanya baru-baru ini lah lesen memandunya siap,dan adalah satu kelegaan yang besar bagiku. Bayangkanlah, aku digunakan bukan di sekitar kampus sahaja, tapi sampai kehujung dunia aku di tungganginya. Sepanjang dia tidak memiliki lesen memandu, terjadi banyak kali, kami hampir tersangkut dekat 'road block' polis, tapi mungkin kerana nasibnya agak baik, kami masih belum lagi 'terkantoi'

Sepanjang dua tahun ini, akulah yang menemani tuan aku kemana sahaja dia pergi. kalau dia ke kuliah, akulah yang membawanya, kalau dia nak jalan-jalan, akulah yang membawanya, kalau dia nak ke masjid(jarang-jarang), aku lah juga yang berjasa. Baginya, akulah intan, akulah payung, akulah hampir segalanya. Kalau aku rosak, atau tayarku pancit, maka hidupnya akan menjadi tak tenang.huhu.

Antara aku dan tuan ku, kami banyak berkongsi kegembiraan dan juga kesedihan. Banyak kejadian sedih berlaku antara kami berdua, antaranya aku pancit di tengah highway dan sebagainya. Perkara yang paling sedih yang terjadi antara kami ialah, kami terlibat dalam sebuah kemalangan. Akibat dari kemalangan yang separa ngeri itu, tuan aku telah hidup bertongkat selama hampir sebulan, dan aku telah tersadai juga hampir sebulan. Walaupun begitu, setelah aku di baik pulih, aku masih mampu berkhidmat pada tuan aku.

Dua tahun berlalu, banyak perkara kami berkongsi. Hampir semua rahsia-rahsia tuan aku, yang aku simpan, tak kiralah sisi cerah atau gelap.hu. Aku berharap agar aku dapat berkhidmat dengan nya lebih lama lagi, walaupun aku tahu kelak, ketika tuan aku sudah bekerjaya, pasti aku hanya di gunakan untuk ke surau je.huhu.sekian


' orang yang bahagia, bukanlah orang yang memiliki segalanya, tapi orang yang bahagia, adalah orang yang menghargai segala yang di milikinya'

Friday, May 8, 2009

Bagaimana kita melihat dan menilai sesuatu..

This morning, i was having discussion with one of the lawyer in the firm. It started when he expressed his sad feeling for what happen in Perak. He said all the things started with Anwar. He is the one who proposed the idea of taking over the govt through crossover. And now, his own man turn back on him. 'served him right'. The real victim in this situation is other PR people. They have lost their grip in Perak. Anwar, you have taken 5 states which contributed 52% income of the country, what else do you want. You are literally controlling the country.Because of your greediness we just lost 1 state. Can you just wait for the next election. This is what was this guy said to me. On some point, i agree with him.

The cabinet ruling on the case of converter's child

Recently, the Cabinet has ruled that, the religion of the child should follow and be based on the original religion of the parents. This is to solve the problem in the case of Indera Gandhi. What happen in this case is the father who converted to Islam and then took away his children from the mother (not-converted) together with their birth certificate. Later all the children then being registered as a muslim. What is your view on this matter. However, our law has clearly stated that the religion of the children shall follow their father. This is based on the decision of the Federal court in Subhashini's case. Is justice rightly being served. Somehow the ruling resolved the matter but only in this case.

Actually, there are so many similar cases like this happened. When one of the spouse converted to Islam, then it creates problem on the child. Which religion the child should follow. As a muslim surely we want to see the child as a muslim. But, do this serve the justice well, do you think it is fair to the child to be forced to embrace the faith which is totally different from what he was raised with. it may not be a problem if the child is still a baby, but what if the child is capable of thinking or maybe has already decided for the religion he/she want to live and die with. But if we follow the cabinet's ruling, we denied the right of the converter spouse. he/she also has the right over the child, before they reached age of 18.

The thing that caused unsatisfactory among non-muslim is they alleged that, the converter guys use the position as a muslim to avoid their marital problem. They said the guy who converted to islam actually only with the reason to get custody over the children. And i dont know how far the truth of the allegation is.

Bagaimana kita melihat dan menilai sesuatu

Setiap orang datang dengan pandangan dan persepsi yang berbeza. Persepsi atau pandangan seseorang adalah berdasarkan latar-belakang dan bagaimana dia di besarkan. Seorang yang di besarkan dengan keperayaan hindu atau budha, atau kristian, kita tak boleh expect die untuk menerima islam dan Allah secara mudah. kadang-kadang kita merasakan apa yang kita buat itu adalah adil kepada bangsa atau agama kita, tapi dalam masa yang sama menzalimi pengganut agama yang lain. Adakah itu yang di katakan keadilan.

Samalah dalam apa-apa situasi pun. Perbezaan pandangan atau pendapat adalah perkara yang biasa. Kita selalu cakap" apala ko ni, suka mende ni, or suka penyanyi ni, suka lagu ni". Kita terlalu cepat menghukum sesuatu berdasarkan apa yang kita rasakan bagus pada pandangan kita. Tak semestinya bagus di mata kita, bagus di mata orang lain.

So, moral of the story, jgnla cepat sangat condem orang lain, atau menghina kesukaan atau kegemarannya. Belajarlah menghormati cara orang.

tak semua minat Ramli Sarip.

Thursday, April 30, 2009

Ako Mustafa, Norish Karman dan Law attachment Programme

Dah lame x menulis, nak dekat tiga mggu. Idea banyak, tapi ade je yang menghalang dari 'berkarya.huhu. So, terimalah my new posting.

L.A.P

Dalam bahasa melayunya adalah program sangkutan pelajar undang-undang. Memang tersangkut beb.kui3. Tempat saya buat LAP dekat Akbardin and Co. Boss firm ni lepasan UIA, so macam ada keserasian jugakla kitorang kat saner. Seronok beb, macam2 kitorang dapat pendedahan kat sana. Firm ni byk buat kes jenayah, so byk la baca fail2 kes jenayah. Yang paling best skali kes Bawah Sec.375 PC.hehe. Staff-staff di situ cute2 dan baik sekali. Walaupun kitorang baru join, tapi cepat je serasi ngan dorg. Nasib baik ade geng kat saner(Lah, Lubna and kak Atul), kalau tak kejung jugak la.

Mana kerja ni?

Hari pertama agak membosankan. Kitorang duduk dekat sofa, sembang sampai dah tak tau nak sembang aper. Bos x masuk opis lagi. Kerja pun takder. bosan yang amat. rupa2-rupanya, diorang malu-malu nak bagi kerje. hah. skrg ni biler dah rapat, keje sikit punyer byk. Macam-macam die bagi kerja, daripada photostat, filing case dkt court, pegi court jadi wakil boss..huh, macam-macam, nasib baik die tak suruh appear b4 the judge je. Tu la mintak lagi kerja, sampai hari sabtu pun kene datang separuh hari.huhu. Tapi, takperla pengalaman semua tu. Walaupun kerja banyak, balik pun lambat, tapi enjoy je rase dkt sane. Maybe sbb layanan yang baik staff2 di saner. sangatlah mesra.

Lagi sikit nak masuk paper.


Norish karman dengan boss dkt court

Firm ni byk buat high profile cases, antaranya kes , Nirmala bonat, Bakaruddin Busu, Nurin Jazlin, pastu kes Artis-artis. Satu hari ktorang berpeluang ikut Bos pegi court. Dier jadi Lawyer utk kes cerai Norish karman. Norish tu, tgk 'live' biase je.huhu. Masa ktorg nak masuk court room tu, reporter tunggu depan pintu. Boss dan Norish karman jalan kat depan, berkelip-kelip reporter-reporter tu ambik gambar diorang. Tapi kitorang jalan belakang skit, klu tak masuk paper dah muka aku.haha.

Ako Mustafa beb...



Minggu lepas Ako dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh mahkamah syariah atas kesalahan khalwat. Ktorang dekat firm tu,bincang-bincangla pasal hukuman tu, ada yang setuju dan ada yang tak. Tup2, 2-3 hari lepas tu, teka siapa yang datang kat firm ktorg. Ako Mustafa beb. Terkejut jgk la ktorg. takder la minat sangat Ako, tapi teruja jgk la bila nampak die live. Lah lagi lawak, die pegi tanya kat Ako, "abang ni Ako eh?",Ako jawab "ye saya". Nasib baik la die tak jawab "tak lah, saya Rosyam Nor".haha. Soalan cepu emas btul. Ako nak buat appeal atas judgment tu. Masa, die nak balik tu, sumer orang dok sibuk bergambar dgn die. Ako, Ako.

Best2, harap-harap Ramli Sarip pulak datang kat sini lepas ni. Boleh amik gambar denagan die.huhu.





Monday, March 23, 2009

Antara aku, batu dan Tuhan

Antara aku ,batu dan Tuhan

Pagi ahad miggu lepas, waktu yang biasanya saya menghabiskan di atas katil, di habiskan di atas sebuah bukit..

Malam sabtu

Lebih kurang pukul 12, Aiman@mang hantar sms 'pagi esok jom panjat bukit, dekat je, dekat belakang uia,nak' follow' tak'. Hati memang tak nak pergi, mengenangkan 'assignment' yang bersepah, ditambah pula dengan test planning hari isnin..Hmmh, takpe la, pegi je la'.Lalu reply, 'aku on jer,ni kira praktis nak panjant kinabalu la ni (kitorang plan nak panjat kinabalu, lepas short sem ni, Insya-Allah'. Mang reply balik, 'Lebih kurang la, pelan2 kayuh beb'. Tapi malam tu tidur lewat gak, sebab ingat setakat bukit biase jer. Korang tengok la nanti.

Pagi Ahad

Selepas bersiap, lebih kurang pukul 8.00 pagi kitorang bertolak ke bukit tu. Pasukan pendaki terdiri daripada 5 jejaka yang tampan dan fit(kot), Mujahid@muja(ketua pendaki), mang, saya,azrul@che ketaq dan zuhairi@jack. Sebenarnya bukit tu bukan dekat belakang UIA, tapi dekat dengan empangan klang gate. Lebih kurang 5 minit perjalanan naik kereta dari UIA. Sampai di kaki bukit, kami nampak ramai orang tengah bersiap-siap nak panjat bukit gak, muja, kemudian dengan selambanya berkata"alah diorang naik trek senang ni, nanti kita punya trek ganas skit".huh, seram..

Lebih kurang 8.45 pagi, pendakian bermula. 10 minit pendakian, memang suatu yang mengazabkan, bergetar sendi-sendi. Tapi disebabkan azam tinggi, kitorang terus mendaki. Setiap saat pendakian memang memenatkan.huh. dari kawasan curam, mendatar, dan licin kitorang tempuh dengan selambanya. Sepanjang pendakian, kitorang banyak berhenti di beberapa 'spot' yang cantik untuk
berehat dan mengambil gambar. Dari atas tu, kitorang boleh nampak, takungan air klang gate, sebahagian besar gombak, 'even' uia pun kitorang nampak. Nampak je UIA, jack terus jerit " wei korang, bangun la tido (pagi ahad adalah waktu tidur rasmi pelajar IPT seluruh malaysia)"
steady ar brader ni

Setalah 45 minit mendaki, kami hampir sampai ke puncak. Tapi che' ketaq dah terketaq' lutut die, kepala pening katanya, dia kata "korg pegi la puncak, aku lepak sini dulu". Sian dia, tapi nak buat camner, kitorang teruskan mendaki ke puncak. 15 minit kemudian kami tiba di puncak, teriakan takbir 'Allahuakbar' dilaungkan setelah sampai ke puncak. Masya-Allah, Subhanallah, indah sungguh ciptaanMu. Dari atas tu pemandangan sangat cantik, tak terkata. Kitorang lepak lama dekat atas tu, tapi yang lamenyer bergambar la..huhu. Rugi che ketaq tak sampai atas ni.

lepak dulu

ni bukan gambar edit eh


Antara aku, batu dan Tuhan


Di puncak tu, kami bergambar di beberapa spot yang menarik. Mang la photographer nyer. Ditepi puncak tu tebing sangat curam. Muja cakap "kalau berani duduk tepi tebing ni la, bawah tu curam terus, kalau jatuh Insya-Allah 'selamat'. Kat tebing tu memang takder ape2 pegangan dah, hanya kau, batu dan Tuhan je. Menyahut cabaran muja, kitorang memberanikan diri, duduk di tepi cerun tu, 'purposenyer' nak bergambar je, ape daa.huhu.

'Training' nak panjat Kinabalu

Insya-Allah bulan 7 ni kitorang akan ber'xpdc' tawan Gunung kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Tapi dalam hati terfikir, larat ke nak panjat gunung tu, bukit yang tak tinggi sangat ni pun dah semput dah. Mang paling risau, mengenangkan anggota ekspedisi yang lain. Buat anggota ekspidisi yang lain termasuklah saya, selalulah jogging petang2 eh. Panjat bukit ni kiranya, first training ground untuk tawan Kinabalu nanti. Pelan-pelan kayuh bah.


azrul@che ketaq sebelum terketaq..kidding


mang dan ketenangannya..buat2 ni.hehee

Satu permulaan..

Setelah habis bergambar dan menghilangkan lelah, kami mula turun bukit. Turun bukit agak mudah berbanding mendaki, tapi yang susahnya tempat yang curam tu. Setelah 45 minit, akhirnya kami tiba dikaki bukit. huh. penat2. tapi best. puas. Tiba-tiba teringat balik 'assignment' yang tak siap lagi dan baju sebakul yang tak basuh lagi tu.spoil tul.huhu. Guys, ni baru permulaan, lepas ni nak panjat Kinabalu pulak. Doakan yeh..adios.

Saturday, March 14, 2009

Kisah sang sepi

Kisah sang sepi

Ada seorang pakcik di negeri taiwan,dah tua dah umur dalam lingkungan 60an, hidup sebatang kara, tiada isteri dan anak, lebih malang lagi kawan pun takder. Suatu hari die ditangkap oleh polis kerana mencuri seekor itik.

Kawan2, nak tahu tak sebab ape die curi itik tu. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya dia curi itik tu sebab, dia nak sambut hari jadi dia. Dia bukannye nak sembelih itik tu, nak buat panggang 'kenny rogers' ke ape, tapi hanya nak bersembang-sembang, dan meluahkan perasaan pada itik tu. Yang paling penting lagi nak sambut hari jadi dia bersama itik. Tiada majlis, tiada kek, tiada kad selamat hari jadi, tapi hanya dengan seekor itik, dan itik tu pun bukan dia yang punya.

Polis-polis yang menyoal siasat tu sangat terharu. Lepas tu, diorang kumpul duit beramai-ramai, untuk belikan kan kek dan buat majlis sederhana untuk pakcik tu.Hmm. lepas baca berita ni, saya sangat bersyukur, sebab di kurniakan Allah, keluarga dan kawan-kawan yang baik.

Manusia perlukan teman

Tiada orang di dunia ni yang mampu untuk hidup berseorangan. Kita sentiasa mengharapkan bantuan orang lain untuk 'survived'. Tetapi, jikalau kita sendiri yang memilih untuk berjauhan dengan orang lain, nanti suatu hari kelak, jika kisah 'pakcik taiwan' ni terjadi kita, masa tu sendiri mau ingat la. Saya antara manusia yang amat mementingkan hubungan dengan kawan. Kawan amat penting dalam hidup.

Saya teringat semasa saya melalui zaman gelap di matrik(bagi yang tau je la). Pada masa tu, kehidupan agak sukar. Syukur pada Allah saya mempunyai kawan-kawan yang sangat baik, yang bantu saya untuk survive. Pada masa itu, saya sedar bahawa, ini adalah hadiah terbaik kerana menjaga perhubungan. Kita jangan menyangka, hidup kita akan senang sepanjang masa, dan kita tidak memerlukan 'tongkat' dari orang lain.

Jagalah hati kawan-kawanmu

Manusia ini bukan seperti buku. Kalau nak faham isi kandungannya, kita terus selak buku tu, dan baca sampai habis. Tapi manusia ni, kalau kita hidup beratus tahun pun dengan dia, tak semestinya, kita akan faham keseluruhan tentang dirinya dan isi hatinya. Manusia tidak boleh di baca dan di fahami secara fizikal.

Dalam perhubungan dengan kawan, cubalah sehabis baik untuk jaga perasaan kawan. Kadang nampak macam ok je dengan kita, tapi siapa tau hati die ada 'terasa' dengan kita. Tips untuk menjaga hati kawan.

-Guna perkataan yang baik-baik
-jangan mengumpat perihalnya dengan orang-orang yang lain
-cuba buang sedikit ego, dan sifat 'asyik nak menang'
-jangan merendah-rendah kannya
-jangan menghina kegemarannya (kecuali kegemaran yang buruk)
-jangan mengungkit kelemahannya
-belajar memaafkan kesalahannya
-hindar perkara yang dia tak suka kalau berada di depannya
-cuba sehabis baik untuk penuhi permintaannya
-hargai jasa-jasanya
-panggil dengan nama yang disukainya
-senyum setiap kali berjumpa dengan nya
-belajar beralah

Percayalah, tak rugi pun beramal dengan semua tu. Mungkin ada sedikit yang kita perlu bekorban, contoh perasaan,ego dan lain2. Tapi percayalah itu lebih baik dari berpatah-arang dengan kawan. Sekali kita berkonflik,' things no longer will be the same'.

So, selamat berkawan. :D

Thursday, March 12, 2009

sedikit tentang cinta

Bab ni agak sensitif sebenarnya bagi saya, tapi tak tau la, rasa macam nak tulis je.

mencari cinta

Saya masih teringat kata-kata seorang 'brother' ni masa saya kerja 'part time' lepas SPM. "usaid kalau kau nak cari awek, cari cepat skit lepas dapat masuk U nanti, sebabnyer, benda ni macam piramid,besar kat bawah,keatas semakin kecil, 1st year 'chance' die besar, tapi bile dah ke tahun-tahun yang seterusnya, 'chance' dia semakin mengecil,pastu bile ko dah kerjr nanti, lagi lah susah". saya betul kan aja.Hmm.logik ke tak, saya pun tak tahu.

Masa tahun pertama di Matrik UIA, perasaan untuk mencari ni agak tinggi la, sebabnya member-member keliling semua ada 'ceweknya', terasa macam alien sebab hanya diri ini sorang yang duk meny'ingle', so adalah sikit-sikit usaha mencari tu (maleh nak citer). Cari punya cari, sorang pun tak tersangkut, takperla. Mungkin ada hikmah yang baik dekat situ.

merdekakan cinta mu

Seorang pensyarah saya, Dr Ramizah ada berkata, kalau kita tak luahkan perasaan kita pada orang, macam mana orang tu nak tahu isi hati kita. Lainlah kalau kita ada kuasa dalaman ke yang membolehkan kita berinteraksi secara ghaib.haha.Bagi saya. kita berhak untuk jatuh cinta pada sesiapapun, dan kita tidak berhak untuk untuk menghalang sesiapa pun untuk jatuh cinta kepada kita.Tetapi kita juga berhak untuk membuat penilaian untuk memilih sesiapa pun jangan risaula, sebab hak ini di jamin dalam Perlembagaan.(haha.betul ke). Jadi bebaskan lah cinta, dari duk bersarang kat dalam diri tu.

Antara persepsi dan perasaan

Baru-baru, saya ada terbaca dalam surat khabar, tentang sebuah penemuan terbaru saintis. Mereka menemukan entiti 'cinta' itu di temui di otak, bukan di hati. Kalau betul lah apa yang ditemukan tu, cinta itu sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan, dan bukanlah apa yang kita rasakan. Jadi, cinta itu adalah persepsi, yang terhasil dari penilaian akal, dan bukanlah perasan yang timbul daripada hati.Hmm.ntah la.

Salurkan cinta ke jalan yang sepatutnya

Cinta itu adalah naluri. cakaplah pada sesiapa pun, mesti ada perasaan ni. Tak salah untuk jatuh cinta, tapi persoalannya, salahkah bercinta?. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tetapi bagi saya, tidak salah bercinta, tapi yang salahnya adalah saluran kepada cinta tersebut. Kalau salurannya, duk berkepit 24 jam, sms sampai terkeluar benda2 yang tak sepatutnya, atau sampai ketahap melakukan benda-benda yang tak sepatutnya, maka jadilah perkataan salah bercinta. Kalau dah sampai ketahap ini, bukan lagi menyemarak kan cinta, tapi mengikis cinta sebenarnya. Lama-kelamaan jadilah pepatah, habis madu sepah di buang. masa tu, sapa yang susah.

Kesimpulannya, selaku orang dewasa yang dikurniakan akal yang sempurna, fikirkan lah jalan yang sepatutnya untuk menyalurkan cinta mu. Menghalang cinta, mungkin bukan sesuatu yang bijak, tapi melayan cinta, juga perlu berhati-hati.

Saturday, February 28, 2009

Fun that only cost you less than RM20

Yesterday with only RM 20 in my pocket, me and friends can have a very 'puas' and vey joyful day. haha. pelik kan. Normally, we need more than 50rm only to go 'jalan-jalan' at KLCC. But wit only RM20 ,ktorg bole pegi sunway pyramid bkn lepak2 tau, but enjoying the most coolest sport in this century..ice skating..woohoo. nk tau x caner..meh nak citer.

Tips pertama
: ialah, pegi naik motor..haha. minyak baru RM3 pegi dan balik (gombak-sunway) pastu x payah susah2 bayar tol.plus bayar parking RM1 jek. Kelebihan, anda tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.. tapi kekurangan nyer, klu hujan, bertapalah anda di bawah jambatan.huhu.

Tips kedua : datang ketika weekdays, jgn datang time public holiday or weekands.

weekdays :RM 13
weekands :RM 18
Public holiday: RM 23

Since ktorg ade discount voucher, dapat lagi off RM5.Jgn la datang time weekands or public holiday, dah la mahal, pas tu ramai sangat makhluk kat dalam tu, sampai x tau nk skate kat ner, klu masing2 pandai main x perla. Ni dok mengensot kat tepi ring tu..haha(cam pandai jek)

Tips ketiga : Bawak sarung tangan sendiri. sebab kalau x bawak kene charge lagi RM8. Tapi jgn bawak sarung tangan plastik dah la. at least sarung tangan kain.

Tips Keempat : Main dengan bersungguh-sungguh dan berani. Kalau takut, anda akan mengensot sepanjang berada di dalam ring. Biarlah jatuh pun, xder org nak gelakkan. Kat dalam tu, jatuh ni perkara biase jer.

Tips kelima : kalau lapar, janganlah makan di Mcd, KFC ataupun Pizza hut. Kat sebelah Sunway tu ade kedai mamak. bantai kat situ jek. Disamping bole memboikot produk amerika dan sekutunya, kita juga boleh melakukan penjimatan..huhu

So..RM8(admission fees)+ RM3(minyak motor) + RM5(Makan dkt mamak) + RM1(Parking moto)= RM 17 (total).
kat dalam tu kalau nak duduk sehari pun x per. Nak skate sampai lebam pun boleh. Tapi dalam tempat tu xder surau, once dah kuar, tak bole msk balik. So. kene timing btul2 la bile nak masuk and keluar.

Selamat mencuba...

Monday, February 23, 2009

Nasyid Satu Evolusi Atau Eksploitasi

Saya bukanlah peminat tegar irama nasyid (die hard fan), tetapi lagu-lagu kumpulan Raihan, El Suraya, dan Al Jawaher lebih dekat dengan hati saya. Samaada diterima atau tidak gelombang nasyid di Negara kita banyak di pengaruhi oleh gerakan Al Arqam. Kumpulan- kumpulan seperti Hijjaz, Rabbani dan Raihan adalah serpihan dari kumpulan nasyid Al Arqam. Irama nasyid terus di perjuangkan hingga sekarang dengan lahirnya kumpulan-kumpulan pelapis baru. Tetapi bagi saya, kumpulan-kumpulan baru ini tidak ubah seperti kumpulan-kumpulan remaja yang terbit, kerana konsep nasyid itu seperti tergelincir dari landasan.


Sebelum saya berbicara lanjut mari kita lihat pengertian nasyid di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat di mana ia membawa maksud “lagu (biasanya di nyanyikan secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam”. Jadi jelaslah bahawa nasyid itu tidak dapat lari dengan Islam. Islam tidak melarang kita berhibur kerana hiburan itu di perlukan untuk melepaskan tekanan dan merehatkan minda dan sebaik-baik hiburan adalah Al Quran. Di samping itu bunyi-bunyian dan muzik juga di haruskan tetapi mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu seperti tiada unsur haram seperti arak, perempuan dan judi, syirik dan lalin-lain. Di dalam hokum mendengar bunyian dan muzik, ulama seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim mengharamkan secara mutlak tetapi kebanyakan ulama mengharuskannya dengan meletakkan syarat seperti ulama yang tersohor pada zaman ini Dr. Yusuf Al Qaradhawi. Kalau kita lihat, lagu-lagu nasyid sekarang banyak di pengaruhi dengan irama pop. Pop boleh diertikan sebagai “ lagu yang popular” seperti Jazz, Rock, Ska dan lain-lain. Tidak salah untuk kita memasukkan unsure-unsur muzik lain ke dalam nasyid tetapi haruslah berpada supaya unsur nasyid itu tidak tenggelam.


Pada tahun lepas, ada orang bertanya kepada saya apakah perbezaan di antara Nasyid berentak rock dengan rock ketuhanan. Pada pendapat saya ianya sama tetapi perbezaannya mungkin pada penampilan penyanyi tersebut. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah wajarkah nasyid itu di tampilkan dalam genre rock sedangkan bila sahaja di sebut tentang rock segelintir orang-orang agama akan memandang negatif. Tetapi bagi saya, genre itu tidak penting tetapi apa yang hendak di sampaikan itu lebih penting. Lagu-lagu, seperti Dari Tuhan-Wings, Meniti Titian Usang-Search, Gerimis Senja-Alleycats dan Perjalanan Hidup-Ramli Sarip menunjukkan bahawa tidak semestinya rock itu keras, tiada adab dan pedoman malah lagu-lagu seperti ini kadang-kdang lebih terkesan di hati berbanding lagu-lagu nasyid sekarang. Tetapi persoalannya di sini apakah motif mereka yang hendak membuat nasyid berkonsep rock. Adakah mereka ingin mencuba sesuatu yang baru atau mereka ingin lari dari kepompong nasyid yang ada sekarang dengan membawa nasyid yang berentak lain dari yang lain. Pada pendapat saya mereka ini melebihkan populariti dari kualiti. Jangan nanti apa yang di kejar tidak dapat tetatpi yang dikendong berciciran. Bagi saya percubaan seperti ini juga sebenarnya bahaya kepada industri nasyid kerana kalau di biarkan ia akan merebak dan akan lahirlah nasyid-nasyid berentak Punk, Metal, Hardcore dan lain-lain. Jadi jangan hairan jika suatu masa nanti kita akan melihat peminat nasyid ber ‘pogo’, ber‘skankin’ dan yang lebih dahsyat ber ‘head banging’.


Jadi nasihat saya tidak salah hendak menukar angin tetapi lihatlah genre yang sesuai. Wassalam.

-ini hanyalah pandangan peribadi saya, jika ada sebarang kritikan, nasihat, atau sokongan sila emailkan kepada mistikus_misterius@yahoo.com


-posting ini adalah sumbangan dari seorang rakan yang prihatin.

hari untuk ibu-ibuku

I have two families. one is the real family(of course la), the other one is family 'angkat'. One i got on the day of my arrival in this world, and the other one just last year. As result of it, i have 2 mothers, My mother i called umi, and the angkat mother i call mak.


the family

Kg. Felda bukit damar Pahang.
The place where my family angkat resides. last semester i joined this program, Aikol comunity service in that kampung. there we got our new family(keluarga angkat la kirenyer). i'm not going to tell about the program. what i'm going to tell you is what happened after the program. actually i really enjoy this program, to me it was the best program i ever joined in aikol. unfortunately, after the program, i never contacted this family, and mak especially. memang anak derhaka sungguh. that was the thing that i'm really upset about myself. dah la kat sana dapat makan sedap, layanan macam anak sendiri. balik je dari program tu, tak kontek langsung.hush. masa nak balik dari kampung tu beria je cakap nak datang balik, janji je lebih.huhu


my family angkat

Nak dijadikan cerita, hari sabtu dan ahad minggu lepas, ade counter-visit family angkat ktorg dari kampung bukit damar. barulah kelam kabut kontek mak balik, Alhamdulillah mak masih kenal lagi saya, and tak sumpah jadi batu, atas kederhakaan ini. mak terima dengan baik. So buat2 macam tak pernah buat salah.hehe.

Masalah nyer hari jumaat sebelum program tu, my umi called, "usaid free x hujung minggu ni, nak minta tolong minta tolong sikit.. (umi ajak tolong jaga perkhemahan pelajar sekolah). alamak caner ni, tersepit diantara dua dilema. Antara umi dan mak. should be umi come first,right. Tapi masa itulah peluang untuk minta maaf dekat mak, and balas jasa dia yang tertangguh tu. Hmm, pening gak mula-mula. then, i've decided saturday for mak, and sunday for umi. Terpaksala, dan mungkin itu keputusan terbaik since banyak kerja yang umi minta tolong tu untuk hari ahad.

So, the whole saturday i spent my time dengan mak. and the sunday for umi.

Hari sabtu:
Dalam pukul 9 rombongan dari Bukit damar sampai. Diorang stay dekat KL dua hari. Hari sabtu melawat sekitar KL dan hari ahad pergi melawat Putrajaya. nampak je muka mak, terus salam dia. Alhamdulillah, mak ok jer. cuma dia agak kesal sebab anak2 angkat dia ramai yang tak dapat datang. mak datang dengan anak bongsu n cucu dia. Antara aktiviti hari sabtu tu, adalah melawat muzium negara. dalam bas,duduk sebelah mak. mak sanggup riba cucu dia,semata-mata nak bagi saya duduk sebelah dia. Kitorang sembang panjang. sempat jgk selit2 kata2 kemaafan sebab x contact dia sebelum ni. Disebabkan program berlarutan sampai malam, saya stay je. tapi serba salah jugak sebab dah janji dengan umi, nk start tolong dia sabtu petang tu.Terpaksalah hantar sms dkt umi, 'umi, maaf x sempat kot nk pegi dkt umi,petang ni, pagi esok lepas subuh usaid gerak terus'. umi balas,'x pelah'.adus.


dengan 'mak', tikah, adik and supi

Hari ahad:
kata nak gerak lepas subuh, tapi sebab kan ngantuk, sambung tido kejab. pkl 8 baru terjaga. kelam-kabut, siap2 terus pecut motor pegi bukit lagong, selayang (tempat perkhemahan tu), nasib baik dekat je. sampai2. minta-maaf dulu.huhu. Alhamdulillah, kerja dekat sana berjalan lancar n umi hapi sangat sebab dapat datang n tolong die.

Have you ever been in this situation..hmm. Jagalah ibu-ibu anda. walau macam mana pun cubalah penuhi kehendak mereka. Sesungguhnya syurga dibawah kaki ibu.

Ayat utk umi sebab x dpt start tolong hari sabtu: "umi maaf banyak x dapat nak tolong hari sabtu ni, ada prog dkt AIKOL", umi balas "xpelah usaid".

Ayat untuk mak sebab x dapat join hari ahad: "mak minta maaf sebab x dapat join esok", 'mak' balas "x pelah, kirim salam dekat mak kamu nanti yea"

Friday, January 30, 2009

Not to late to support palestinian's resistance

What i want to share here with you is a beautiful song composed and written by Michael Heart. This song illustrate to us how our Brother in Palestine struggling and fighting for their freedom. So, whatever you do, please remember them.



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Sunday, January 25, 2009

Hari-hari yang tak dapat dilupakan. Part 1



Hari pertama:

Masa saya kecik2 dulu, sblm darjah satu. saya ada satu kegemaran. suka kumpul pemadam. Pada satu hari, saya x cukup duit utk beli satu pemadam tu (20 posen je pun). Pastu,dgn tanpa segan silunyer,sy terus merembat pemadam tu. Ntah camner bleh kantoi ngan ayah saya. Die panggil saya kat bilik. selepas sesi soal siasat dan disabit kan kesalahan, hukuman dijatuh kan. Rotan sekali.huhu.Tapi upacara rotan ni yang mcm best. Mgkn di sebabkan kn, ini hukuman pertama yg dikenakan keatas saya sejak dilahirkan. Saya di suruh ambil wudhu, dan tunaikan solah taubat. mase tu 6 tahun kot, cm x faham.hehe. lepas tu kene rotan. adus, bkn sakit yg jadi ingatan. tapi kisah di sebalik tu. Sbb 20 posen kene rotan.haha lawak. tobat x curi dah lepas tu.

Hari Kedua:

Hari nk ambik keputusn UPSR kat bilik guru. Mase sekolah rendah dulu saya malas skit (Skrg..haha), so result tu biase je. Alhamdulillah, malas2 pun dapat 2A 2B. Ade sorg kawan saya tu. Lepas keluar bilik guru ambik result, die menangis teresak-esak. gaya dia mcm fail semua paper (tambahan) . Lepas saya pun pujuk die. sabar, saya ckp kat die. Pastu bile dh cool skit, saya tanya, ko dapat braper ni, sampai sedih sangat.Die dgn sedikit esakan jawab, Aku dapat 4A IB...

Hari ketiga:
Masa dapat result SPM. Result biase je. Tapi, time tu, klu saya boleh maintainkan feel dia,I wish it can be forever.

Hari keempat:
Dapat masuk uia(matrik). Cam bangga skit.huhu. tp skrg..hush.

Hari kelima:

Ni baru je. Dalam setahun lepas. Saya dan beberapa orang kawan (amad,didi n iffah), join aikol explorace kat Putrajaya. Kudos to them. mase time lumba tu, usah ckp la, dgn berlarinye jauh giler, kne bwat makan pelik2..n byk lagi, yang sampai skrg x bleh nk lupe.haha. Ktorg tamat kan race tu dgn tmpt ke-7 out of 10 kot. kire ok la tu. Actually, iam bit disappointed, bcoz maybe, niat nk menang.hehe.tp lepas tu ok la.
Masa nak balik tu, cam sedih je. Sbb kalah. macam tak berbaloi lepas penat2, mcm we strived for nothing. Nak dijadikan cerita, sblm bas bertolak balik, tiba-tiba PM prog (Raden JB) panggil saya turun bas. die kata, Tahniah, kok(some people called me with that), team ko dapat tempat ke-3. ini disebabkan team yang atas2 tu kene disqualify (reason, non compliance with the rule). Saya punya la suka, naik atas bas, terus jerit kat grup mate, 'kiter menang no-3'. Grup yang kene disqualify tu menyirap je. Diorg tepuk tangan dengan muka mengajuk.haha. Bia lah dorg, yg penting aku dah menang(dalam hati).
Best.Best. Best. sampai bile pun x lupe la.hihi.
Ade byk lagi hari2 saya yang susah nak lupa. best pn ade, tak best pn ade.. okkey. nati nk citer.

Some one who i admired :Yusuf Islam, formerly known as Cats Steven

Yusuf Islam. before this i only know him from my father's story. What I've been told is he is a great 'pendakwah' who contribute many to islam in u.k. But, nobody tell me about his music side( dark side). This guy was a legand during his time( late 60's ). But, i think now, he is more legendary than he was. Although he is a muslim and a 'pendakwah', he never get rid from his guitar. He has his own way on doing da'wah, thru music.
Actually yusuf back to his guitar after one occasion happened. Before that, when he newly converted to Islam, he had threw away all his music life. although, he came up with the albums, but its never involved mainstraem instrument (guitar and etc). Maybe at that time, he thought guitar is haram. Till one day, his daughter brought home a guitar, seeing this, he became angry and scolded his daughter. Fell offended, his daughter replied, have you ever checked the hukm of using guitar despite of relying from the word of others, go and take a look the opinion of Yusuf qardhawi about it.. (better check by yourself).
Now, he has go around the world and appears in Rock concert, with his beard , muslim's name and an image as a Da'ie. With the mission to spread Islam.

want to now him better- http://www.yusufislam.com

This is one of his song that i like so much..

-father and son-

Saturday, January 24, 2009

Testing 1 2 3

Askm..my name is Muhammad usaid Nasaruddin. blog.what is that.hahah. ape nk tulis. jap. ok. ni test so just nk try camner nk tulis something dalam ni. lalalala. owh. blogging i not just create a blog. everybody know that..haha..erm. xder idea.
jap..erm. sbnrnyer tadi ym dgn my fren,fatimah(nama sbnr). then she she suggested i should have one, lepas die promote blog dier, not bad. I just realised that everybody have one. so why not me. then it come the problem.huhu. what should i put here..huhu. ok. i assumed this just 4 warm-up. As 4 warm-up..you know. okkey. Wassalam.