Saya bukanlah peminat tegar irama nasyid (die hard fan), tetapi lagu-lagu kumpulan Raihan, El Suraya, dan Al Jawaher lebih dekat dengan hati saya. Samaada diterima atau tidak gelombang nasyid di Negara kita banyak di pengaruhi oleh gerakan Al Arqam. Kumpulan- kumpulan seperti Hijjaz, Rabbani dan Raihan adalah serpihan dari kumpulan nasyid Al Arqam. Irama nasyid terus di perjuangkan hingga sekarang dengan lahirnya kumpulan-kumpulan pelapis baru. Tetapi bagi saya, kumpulan-kumpulan baru ini tidak ubah seperti kumpulan-kumpulan remaja yang terbit, kerana konsep nasyid itu seperti tergelincir dari landasan.
Sebelum saya berbicara lanjut mari kita lihat pengertian nasyid di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat di mana ia membawa maksud “lagu (biasanya di nyanyikan secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam”. Jadi jelaslah bahawa nasyid itu tidak dapat lari dengan Islam. Islam tidak melarang kita berhibur kerana hiburan itu di perlukan untuk melepaskan tekanan dan merehatkan minda dan sebaik-baik hiburan adalah Al Quran. Di samping itu bunyi-bunyian dan muzik juga di haruskan tetapi mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu seperti tiada unsur haram seperti arak, perempuan dan judi, syirik dan lalin-lain. Di dalam hokum mendengar bunyian dan muzik, ulama seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim mengharamkan secara mutlak tetapi kebanyakan ulama mengharuskannya dengan meletakkan syarat seperti ulama yang tersohor pada zaman ini Dr. Yusuf Al Qaradhawi. Kalau kita lihat, lagu-lagu nasyid sekarang banyak di pengaruhi dengan irama pop. Pop boleh diertikan sebagai “ lagu yang popular” seperti Jazz, Rock, Ska dan lain-lain. Tidak salah untuk kita memasukkan unsure-unsur muzik lain ke dalam nasyid tetapi haruslah berpada supaya unsur nasyid itu tidak tenggelam.
Pada tahun lepas, ada orang bertanya kepada saya apakah perbezaan di antara Nasyid berentak rock dengan rock ketuhanan. Pada pendapat saya ianya sama tetapi perbezaannya mungkin pada penampilan penyanyi tersebut. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah wajarkah nasyid itu di tampilkan dalam genre rock sedangkan bila sahaja di sebut tentang rock segelintir orang-orang agama akan memandang negatif. Tetapi bagi saya, genre itu tidak penting tetapi apa yang hendak di sampaikan itu lebih penting. Lagu-lagu, seperti Dari Tuhan-Wings, Meniti Titian Usang-Search, Gerimis Senja-Alleycats dan Perjalanan Hidup-Ramli Sarip menunjukkan bahawa tidak semestinya rock itu keras, tiada adab dan pedoman malah lagu-lagu seperti ini kadang-kdang lebih terkesan di hati berbanding lagu-lagu nasyid sekarang. Tetapi persoalannya di sini apakah motif mereka yang hendak membuat nasyid berkonsep rock. Adakah mereka ingin mencuba sesuatu yang baru atau mereka ingin lari dari kepompong nasyid yang ada sekarang dengan membawa nasyid yang berentak lain dari yang lain. Pada pendapat saya mereka ini melebihkan populariti dari kualiti. Jangan nanti apa yang di kejar tidak dapat tetatpi yang dikendong berciciran. Bagi saya percubaan seperti ini juga sebenarnya bahaya kepada industri nasyid kerana kalau di biarkan ia akan merebak dan akan lahirlah nasyid-nasyid berentak Punk, Metal, Hardcore dan lain-lain. Jadi jangan hairan jika suatu masa nanti kita akan melihat peminat nasyid ber ‘pogo’, ber‘skankin’ dan yang lebih dahsyat ber ‘head banging’.
Jadi nasihat saya tidak salah hendak menukar angin tetapi lihatlah genre yang sesuai. Wassalam.
-ini hanyalah pandangan peribadi saya, jika ada sebarang kritikan, nasihat, atau sokongan sila emailkan kepada mistikus_misterius@yahoo.com
-posting ini adalah sumbangan dari seorang rakan yang prihatin.
No comments:
Post a Comment