Saturday, March 14, 2009

Kisah sang sepi

Kisah sang sepi

Ada seorang pakcik di negeri taiwan,dah tua dah umur dalam lingkungan 60an, hidup sebatang kara, tiada isteri dan anak, lebih malang lagi kawan pun takder. Suatu hari die ditangkap oleh polis kerana mencuri seekor itik.

Kawan2, nak tahu tak sebab ape die curi itik tu. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya dia curi itik tu sebab, dia nak sambut hari jadi dia. Dia bukannye nak sembelih itik tu, nak buat panggang 'kenny rogers' ke ape, tapi hanya nak bersembang-sembang, dan meluahkan perasaan pada itik tu. Yang paling penting lagi nak sambut hari jadi dia bersama itik. Tiada majlis, tiada kek, tiada kad selamat hari jadi, tapi hanya dengan seekor itik, dan itik tu pun bukan dia yang punya.

Polis-polis yang menyoal siasat tu sangat terharu. Lepas tu, diorang kumpul duit beramai-ramai, untuk belikan kan kek dan buat majlis sederhana untuk pakcik tu.Hmm. lepas baca berita ni, saya sangat bersyukur, sebab di kurniakan Allah, keluarga dan kawan-kawan yang baik.

Manusia perlukan teman

Tiada orang di dunia ni yang mampu untuk hidup berseorangan. Kita sentiasa mengharapkan bantuan orang lain untuk 'survived'. Tetapi, jikalau kita sendiri yang memilih untuk berjauhan dengan orang lain, nanti suatu hari kelak, jika kisah 'pakcik taiwan' ni terjadi kita, masa tu sendiri mau ingat la. Saya antara manusia yang amat mementingkan hubungan dengan kawan. Kawan amat penting dalam hidup.

Saya teringat semasa saya melalui zaman gelap di matrik(bagi yang tau je la). Pada masa tu, kehidupan agak sukar. Syukur pada Allah saya mempunyai kawan-kawan yang sangat baik, yang bantu saya untuk survive. Pada masa itu, saya sedar bahawa, ini adalah hadiah terbaik kerana menjaga perhubungan. Kita jangan menyangka, hidup kita akan senang sepanjang masa, dan kita tidak memerlukan 'tongkat' dari orang lain.

Jagalah hati kawan-kawanmu

Manusia ini bukan seperti buku. Kalau nak faham isi kandungannya, kita terus selak buku tu, dan baca sampai habis. Tapi manusia ni, kalau kita hidup beratus tahun pun dengan dia, tak semestinya, kita akan faham keseluruhan tentang dirinya dan isi hatinya. Manusia tidak boleh di baca dan di fahami secara fizikal.

Dalam perhubungan dengan kawan, cubalah sehabis baik untuk jaga perasaan kawan. Kadang nampak macam ok je dengan kita, tapi siapa tau hati die ada 'terasa' dengan kita. Tips untuk menjaga hati kawan.

-Guna perkataan yang baik-baik
-jangan mengumpat perihalnya dengan orang-orang yang lain
-cuba buang sedikit ego, dan sifat 'asyik nak menang'
-jangan merendah-rendah kannya
-jangan menghina kegemarannya (kecuali kegemaran yang buruk)
-jangan mengungkit kelemahannya
-belajar memaafkan kesalahannya
-hindar perkara yang dia tak suka kalau berada di depannya
-cuba sehabis baik untuk penuhi permintaannya
-hargai jasa-jasanya
-panggil dengan nama yang disukainya
-senyum setiap kali berjumpa dengan nya
-belajar beralah

Percayalah, tak rugi pun beramal dengan semua tu. Mungkin ada sedikit yang kita perlu bekorban, contoh perasaan,ego dan lain2. Tapi percayalah itu lebih baik dari berpatah-arang dengan kawan. Sekali kita berkonflik,' things no longer will be the same'.

So, selamat berkawan. :D

6 comments:

  1. hari tue post pasal cinta, sekarng kawan..sok??
    citelah pasal maha pulak.. hahaha (^^,)

    ReplyDelete
  2. entry ni pon best..pasal kawan pulak kan..rasanya point2 ko ni betol belaka..

    bdw, taktau plak ada zaman gelap kat matrix..ntah apa la agaknya ek..

    ReplyDelete
  3. Ni nak cerita ttg sang maha, die kan classmate consti sy, pastu kan klu abis kelas mesti die buat muka serius, nk tego pun takut..kui3.kidding je..nd, zaman gelap tu, rahsia sepanjang zaman.huhu

    ReplyDelete
  4. ngehngehngeh...mestilah buat muke serius, sebab lepas consti je, pale trus pening...
    banyak sgt input KA yang nak didigest..
    ngehngeh (^^,)

    ReplyDelete
  5. bes ah posting ko yg ni :)
    kdg2 org rs cam dah terer sgt je pasal ilmu berkawan, smpi klu kt tego psl cr die slh pon, xnk terime..
    so mmg bgs a ko ade listkan rules dlm bkwn. leh wat rujukan :)

    i like to quote this..

    Kita jangan menyangka, hidup kita akan senang sepanjang masa, dan kita tidak memerlukan 'tongkat' dari orang lain.

    TRUE.

    p/s:rase2 cam tau je zmn kgelapan ko..uhuks..
    jgn risau..sume org ade zmn gelap msg2..tpulg pd dri sdri nk berubah ikut zaman or nak stay je kat zaman yg x best tu..kan2 :)

    ReplyDelete
  6. saya tao saya tao
    saya tao zaman kegelapan tu..
    sayalah salah seorang dari kwn2 yg baek tu..
    ahax..
    hahaha

    ReplyDelete