Saturday, September 26, 2009

aku sebuah motorsikal. Part II

Cerita ini merupakan sambungan luahan rasa sebuah motorsikal, sepertimana yang pernah disiarkan sebelum ini

bukan gambar hiasan

Ramadhan tiba. Ramadhan adalah sebuah bulan di mana kaum muslimin akan di uji Allah dengan ujian yang menguji tangga keimanan dan keksabaran. begitu juga dengan tuan ku.

Beberapa hari sebelum syawal menjelang, sesuatu yang sangat mendukacitakan telah berlaku..

Mlm 14 sept, lebih kurang pukul 12 mlm, tuan ku telah menerima sebuah panggilan dari.

"usaid, tadi suhail(adik kepada tuan ku) pinjam motor, tarawih dekat masjid. lepas tu motor tu dah hilang, kene curi kot"

Tuan ku. "ape die.." tak terkata..

Pada malam itu, tuan ku mengalami kemurungan yang sangat dahsyat. Hilang mood die nak sambut raya. Aku telah di lesapkan tanpa kerelaannya. Mana taknya, buah hati pengarangnya telah di sapu oleh malaun yang tak berhati perut. Satu malam tuan ku bersedih. Nak buat repot polis pun dah malas. Duduk memerap dalam bilik. Satu persatu kenangan bersamaku terngiang-ngiang di mindanya. Nasib baik die steady lagi dan tak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Tapi hatinya meraung kesedihan terkenangkan ku.

Tapi cerita masih belum tamat disini..

Keesokan paginya, tuan ku buat repot polis. Kalau diikutkan hatinya, malas dah, sebab insuran 3rd party, tak cover kecurian.huhu.

Pada tengah hari 15 Sept, Tuan ku telah menerima panggilan dari Polis mengatakan aku telah dijumpai semula, tidak jauh dari tempat aku di curi. Alhamdulillah, berkat Ramadhan Al- Mubarak. Tapi malangnya, tayarku depan belakang dah xde. Jadi MKU (motor kurang upaya) aku sebentar.huhu. Tapi syukur kerana bahagian badan aku yang lain tidak di apa-apakan. Tuan ku kembali gembira. senyuman kembali di wajahnya. Usaid jangan sedih lagi ye, aku berbisik, Tapi aku tau die tidak dapat memahami bahasa motor.hu.

Aku dihantar ke bengkel dan dianugerahkan tayar dan rim yang baru. Hikmah dari kecurian ini, aku telah di servis dan aku telah di berikan beberapa bahagian baru yang lain..

-coverset depan
-brek depan depan dan belakang
-Lock handle
-tayar
-rim (2nd hand)
-dan beberapa lagi.hehe

Kini aku kembali berkhidmat pada tuan ku semula. Aku berdoa semoga negara ini melaksanakan undang-undang syariah, dan pencuri tu kene tangkap, lepas tu kene Hadd Sirqah, baru die paham sikit. Kurang ajaran agama betul pencuri tu. Cubalah barang die orang lain ambik, marah tak, sedih tak.

Harapan kepada tuan ku. Selepas ini jagalah aku dengan sebaiknya. Janganlah biarkan aku terlepas kepada tangan2 durjana itu.

Dan yang terakhirnya, aku ingin mengambil kesempatan ini (OB of my master) untuk mengucapkan selamat hari raya Fitri dan Maaf Zahir dan batin. Peace

2 comments:

  1. cerita psl diri sendiri hilang pon xtau kat mana 🤣🤣🤣 lawak2

    ReplyDelete