Saturday, February 28, 2009

Fun that only cost you less than RM20

Yesterday with only RM 20 in my pocket, me and friends can have a very 'puas' and vey joyful day. haha. pelik kan. Normally, we need more than 50rm only to go 'jalan-jalan' at KLCC. But wit only RM20 ,ktorg bole pegi sunway pyramid bkn lepak2 tau, but enjoying the most coolest sport in this century..ice skating..woohoo. nk tau x caner..meh nak citer.

Tips pertama
: ialah, pegi naik motor..haha. minyak baru RM3 pegi dan balik (gombak-sunway) pastu x payah susah2 bayar tol.plus bayar parking RM1 jek. Kelebihan, anda tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.. tapi kekurangan nyer, klu hujan, bertapalah anda di bawah jambatan.huhu.

Tips kedua : datang ketika weekdays, jgn datang time public holiday or weekands.

weekdays :RM 13
weekands :RM 18
Public holiday: RM 23

Since ktorg ade discount voucher, dapat lagi off RM5.Jgn la datang time weekands or public holiday, dah la mahal, pas tu ramai sangat makhluk kat dalam tu, sampai x tau nk skate kat ner, klu masing2 pandai main x perla. Ni dok mengensot kat tepi ring tu..haha(cam pandai jek)

Tips ketiga : Bawak sarung tangan sendiri. sebab kalau x bawak kene charge lagi RM8. Tapi jgn bawak sarung tangan plastik dah la. at least sarung tangan kain.

Tips Keempat : Main dengan bersungguh-sungguh dan berani. Kalau takut, anda akan mengensot sepanjang berada di dalam ring. Biarlah jatuh pun, xder org nak gelakkan. Kat dalam tu, jatuh ni perkara biase jer.

Tips kelima : kalau lapar, janganlah makan di Mcd, KFC ataupun Pizza hut. Kat sebelah Sunway tu ade kedai mamak. bantai kat situ jek. Disamping bole memboikot produk amerika dan sekutunya, kita juga boleh melakukan penjimatan..huhu

So..RM8(admission fees)+ RM3(minyak motor) + RM5(Makan dkt mamak) + RM1(Parking moto)= RM 17 (total).
kat dalam tu kalau nak duduk sehari pun x per. Nak skate sampai lebam pun boleh. Tapi dalam tempat tu xder surau, once dah kuar, tak bole msk balik. So. kene timing btul2 la bile nak masuk and keluar.

Selamat mencuba...

Monday, February 23, 2009

Nasyid Satu Evolusi Atau Eksploitasi

Saya bukanlah peminat tegar irama nasyid (die hard fan), tetapi lagu-lagu kumpulan Raihan, El Suraya, dan Al Jawaher lebih dekat dengan hati saya. Samaada diterima atau tidak gelombang nasyid di Negara kita banyak di pengaruhi oleh gerakan Al Arqam. Kumpulan- kumpulan seperti Hijjaz, Rabbani dan Raihan adalah serpihan dari kumpulan nasyid Al Arqam. Irama nasyid terus di perjuangkan hingga sekarang dengan lahirnya kumpulan-kumpulan pelapis baru. Tetapi bagi saya, kumpulan-kumpulan baru ini tidak ubah seperti kumpulan-kumpulan remaja yang terbit, kerana konsep nasyid itu seperti tergelincir dari landasan.


Sebelum saya berbicara lanjut mari kita lihat pengertian nasyid di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat di mana ia membawa maksud “lagu (biasanya di nyanyikan secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam”. Jadi jelaslah bahawa nasyid itu tidak dapat lari dengan Islam. Islam tidak melarang kita berhibur kerana hiburan itu di perlukan untuk melepaskan tekanan dan merehatkan minda dan sebaik-baik hiburan adalah Al Quran. Di samping itu bunyi-bunyian dan muzik juga di haruskan tetapi mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu seperti tiada unsur haram seperti arak, perempuan dan judi, syirik dan lalin-lain. Di dalam hokum mendengar bunyian dan muzik, ulama seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim mengharamkan secara mutlak tetapi kebanyakan ulama mengharuskannya dengan meletakkan syarat seperti ulama yang tersohor pada zaman ini Dr. Yusuf Al Qaradhawi. Kalau kita lihat, lagu-lagu nasyid sekarang banyak di pengaruhi dengan irama pop. Pop boleh diertikan sebagai “ lagu yang popular” seperti Jazz, Rock, Ska dan lain-lain. Tidak salah untuk kita memasukkan unsure-unsur muzik lain ke dalam nasyid tetapi haruslah berpada supaya unsur nasyid itu tidak tenggelam.


Pada tahun lepas, ada orang bertanya kepada saya apakah perbezaan di antara Nasyid berentak rock dengan rock ketuhanan. Pada pendapat saya ianya sama tetapi perbezaannya mungkin pada penampilan penyanyi tersebut. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah wajarkah nasyid itu di tampilkan dalam genre rock sedangkan bila sahaja di sebut tentang rock segelintir orang-orang agama akan memandang negatif. Tetapi bagi saya, genre itu tidak penting tetapi apa yang hendak di sampaikan itu lebih penting. Lagu-lagu, seperti Dari Tuhan-Wings, Meniti Titian Usang-Search, Gerimis Senja-Alleycats dan Perjalanan Hidup-Ramli Sarip menunjukkan bahawa tidak semestinya rock itu keras, tiada adab dan pedoman malah lagu-lagu seperti ini kadang-kdang lebih terkesan di hati berbanding lagu-lagu nasyid sekarang. Tetapi persoalannya di sini apakah motif mereka yang hendak membuat nasyid berkonsep rock. Adakah mereka ingin mencuba sesuatu yang baru atau mereka ingin lari dari kepompong nasyid yang ada sekarang dengan membawa nasyid yang berentak lain dari yang lain. Pada pendapat saya mereka ini melebihkan populariti dari kualiti. Jangan nanti apa yang di kejar tidak dapat tetatpi yang dikendong berciciran. Bagi saya percubaan seperti ini juga sebenarnya bahaya kepada industri nasyid kerana kalau di biarkan ia akan merebak dan akan lahirlah nasyid-nasyid berentak Punk, Metal, Hardcore dan lain-lain. Jadi jangan hairan jika suatu masa nanti kita akan melihat peminat nasyid ber ‘pogo’, ber‘skankin’ dan yang lebih dahsyat ber ‘head banging’.


Jadi nasihat saya tidak salah hendak menukar angin tetapi lihatlah genre yang sesuai. Wassalam.

-ini hanyalah pandangan peribadi saya, jika ada sebarang kritikan, nasihat, atau sokongan sila emailkan kepada mistikus_misterius@yahoo.com


-posting ini adalah sumbangan dari seorang rakan yang prihatin.

hari untuk ibu-ibuku

I have two families. one is the real family(of course la), the other one is family 'angkat'. One i got on the day of my arrival in this world, and the other one just last year. As result of it, i have 2 mothers, My mother i called umi, and the angkat mother i call mak.


the family

Kg. Felda bukit damar Pahang.
The place where my family angkat resides. last semester i joined this program, Aikol comunity service in that kampung. there we got our new family(keluarga angkat la kirenyer). i'm not going to tell about the program. what i'm going to tell you is what happened after the program. actually i really enjoy this program, to me it was the best program i ever joined in aikol. unfortunately, after the program, i never contacted this family, and mak especially. memang anak derhaka sungguh. that was the thing that i'm really upset about myself. dah la kat sana dapat makan sedap, layanan macam anak sendiri. balik je dari program tu, tak kontek langsung.hush. masa nak balik dari kampung tu beria je cakap nak datang balik, janji je lebih.huhu


my family angkat

Nak dijadikan cerita, hari sabtu dan ahad minggu lepas, ade counter-visit family angkat ktorg dari kampung bukit damar. barulah kelam kabut kontek mak balik, Alhamdulillah mak masih kenal lagi saya, and tak sumpah jadi batu, atas kederhakaan ini. mak terima dengan baik. So buat2 macam tak pernah buat salah.hehe.

Masalah nyer hari jumaat sebelum program tu, my umi called, "usaid free x hujung minggu ni, nak minta tolong minta tolong sikit.. (umi ajak tolong jaga perkhemahan pelajar sekolah). alamak caner ni, tersepit diantara dua dilema. Antara umi dan mak. should be umi come first,right. Tapi masa itulah peluang untuk minta maaf dekat mak, and balas jasa dia yang tertangguh tu. Hmm, pening gak mula-mula. then, i've decided saturday for mak, and sunday for umi. Terpaksala, dan mungkin itu keputusan terbaik since banyak kerja yang umi minta tolong tu untuk hari ahad.

So, the whole saturday i spent my time dengan mak. and the sunday for umi.

Hari sabtu:
Dalam pukul 9 rombongan dari Bukit damar sampai. Diorang stay dekat KL dua hari. Hari sabtu melawat sekitar KL dan hari ahad pergi melawat Putrajaya. nampak je muka mak, terus salam dia. Alhamdulillah, mak ok jer. cuma dia agak kesal sebab anak2 angkat dia ramai yang tak dapat datang. mak datang dengan anak bongsu n cucu dia. Antara aktiviti hari sabtu tu, adalah melawat muzium negara. dalam bas,duduk sebelah mak. mak sanggup riba cucu dia,semata-mata nak bagi saya duduk sebelah dia. Kitorang sembang panjang. sempat jgk selit2 kata2 kemaafan sebab x contact dia sebelum ni. Disebabkan program berlarutan sampai malam, saya stay je. tapi serba salah jugak sebab dah janji dengan umi, nk start tolong dia sabtu petang tu.Terpaksalah hantar sms dkt umi, 'umi, maaf x sempat kot nk pegi dkt umi,petang ni, pagi esok lepas subuh usaid gerak terus'. umi balas,'x pelah'.adus.


dengan 'mak', tikah, adik and supi

Hari ahad:
kata nak gerak lepas subuh, tapi sebab kan ngantuk, sambung tido kejab. pkl 8 baru terjaga. kelam-kabut, siap2 terus pecut motor pegi bukit lagong, selayang (tempat perkhemahan tu), nasib baik dekat je. sampai2. minta-maaf dulu.huhu. Alhamdulillah, kerja dekat sana berjalan lancar n umi hapi sangat sebab dapat datang n tolong die.

Have you ever been in this situation..hmm. Jagalah ibu-ibu anda. walau macam mana pun cubalah penuhi kehendak mereka. Sesungguhnya syurga dibawah kaki ibu.

Ayat utk umi sebab x dpt start tolong hari sabtu: "umi maaf banyak x dapat nak tolong hari sabtu ni, ada prog dkt AIKOL", umi balas "xpelah usaid".

Ayat untuk mak sebab x dapat join hari ahad: "mak minta maaf sebab x dapat join esok", 'mak' balas "x pelah, kirim salam dekat mak kamu nanti yea"