Friday, July 10, 2009
NATRAH. A TRIBUTE
NATRAH
kejatuhan si perawan di kota temasek...
jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......
Hadiran nya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...
Natrah yang malang....
nyawamu di pertaruhkan
kezaliman pecana di patahkan
Natrah......
Nilaimu dipertahankan
bangsamu melepaskannya
kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan
sehingga kini....
Re Maria Hertogh@Natrah
Bagi pelajar undang-undang, nama ini mungkin familiar.
| |
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini. |
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.
Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
Sumber: Harakahdaily.net
Thursday, July 2, 2009
adam dan hawa
Adam Dan Hawa
Harum suasana tak upaya bercanda
Pada siapa ku bentangkan tikar cinta
Aku Adam tanpa cinta tak ke mana
Tuhan terima kasih kerana kau menghayati
Hawa nan di beri syurga makin berseri
Ku bukakan pintu cinta yang menanti
Ku hamparkan rasa rindu di tapak kaki
Hawa kemarilah ku tunjukkan syurga ku
Sabar kau kan tahu diri ini syurgamu
A... aaa kita kan bersatu
A... aaa beradu
Syurga tanpa Hawa bagai cinta tak bertuan
Hawa dalam syurga cinta bagai tak keruan
Ciptaan Mu paling mistik ku tertawan
Aku hamba dalam cinta rekaan
Tuhan mengapakah ku keliru di sini
Hawa dirusuk ku bagai duri di hati
A... aaa manakah syurga ku
Hawa dalam syurga atau syurga dalam Hawa
Cinta tanpa Hawa di syurgakah tempatnya
A... aaa cinta yang berhawa
A... aaa sengsara
Ni salah satu 'masterpiece' dari papa roach, Ramli Sarip. Susah nak tafsir lagu ni. Banyak maksud yang di bawa.
just want to quote this ;
Hawa dirusuk ku bagai duri di hati
A... aaa manakah syurga ku
Hawa dalam syurga atau syurga dalam Hawa
Cinta tanpa Hawa di syurgakah tempatnya
A... aaa cinta yang berhawa
A... aaa sengsara
Wednesday, July 1, 2009
GADOH
Filem arahan bersama Brenda Danker dan Namron ini menceritakan situasi yang sebenar berlaku di Malaysia. Isu perkauman, keciciran pendidikan, masalah sosial, politik dan gangsterism diolah dengan baik dalam filem ini.
Walaupun masih ada banyak kekurangan dan tidak menampilkan kan 'star', namun idea yang cuba di sampaikan dalam filem ini bagi saya lebih mahal daripada Filem cicak man.
Katakan tidak untuk filem lawak tak 'berakai' yang berlambak-lambak dekat Malaysia ni. Nak tengok filem bermesej, tengoklah GADOH.
selamat menonton