Thursday, June 4, 2009

aku sebuah motorsikal

gambar hiasan


Penulisan ini adalah sempena ulang tahun yang ke dua WMA 7941 berkhidmat kepada tuannya.


Namaku ialah Kriss Modenas. Aku dilahirkan disebuah Kilang di kulim, Kedah. Aku didaftarkan dengan No. Pendaftaran WMA 7941. Aku di kategorikan dalam jenis motorsikal sederhana, tak laju sangat, tak 'slow' sangat dan tak mahal sangat dan tak murah sangat (btul ke). Sekitar bulan jun tahun tahun 2007, aku telah di beli oleh seorang pemuda, yang merupakan seorang pelajar IPTA di Gombak. Walaupun aku berstatus '2nd hand', namun ia tidak menghalang dari tuan aku dari membeli, mungkin kerana' budget' nyer rendah.hehe. Menurut tuan aku, aku di beli dengan hasil titik peluh tuan aku bekerja part time selama dua bulan lebih di tambah dengan sumbangan dari bank 'MBF'. Sejak daripada itu aku menjadi milik tuan ku dan mula menabur bakti padanya.

Walaupun tuan ku, merupakan pelajar undang-undang, namun hampir dua tahun aku di tunggang tanpa mengambil kira undang-undang, iaitu sepanjang tempoh itu, dia tidak mempunyai lesen memandu. Hanya baru-baru ini lah lesen memandunya siap,dan adalah satu kelegaan yang besar bagiku. Bayangkanlah, aku digunakan bukan di sekitar kampus sahaja, tapi sampai kehujung dunia aku di tungganginya. Sepanjang dia tidak memiliki lesen memandu, terjadi banyak kali, kami hampir tersangkut dekat 'road block' polis, tapi mungkin kerana nasibnya agak baik, kami masih belum lagi 'terkantoi'

Sepanjang dua tahun ini, akulah yang menemani tuan aku kemana sahaja dia pergi. kalau dia ke kuliah, akulah yang membawanya, kalau dia nak jalan-jalan, akulah yang membawanya, kalau dia nak ke masjid(jarang-jarang), aku lah juga yang berjasa. Baginya, akulah intan, akulah payung, akulah hampir segalanya. Kalau aku rosak, atau tayarku pancit, maka hidupnya akan menjadi tak tenang.huhu.

Antara aku dan tuan ku, kami banyak berkongsi kegembiraan dan juga kesedihan. Banyak kejadian sedih berlaku antara kami berdua, antaranya aku pancit di tengah highway dan sebagainya. Perkara yang paling sedih yang terjadi antara kami ialah, kami terlibat dalam sebuah kemalangan. Akibat dari kemalangan yang separa ngeri itu, tuan aku telah hidup bertongkat selama hampir sebulan, dan aku telah tersadai juga hampir sebulan. Walaupun begitu, setelah aku di baik pulih, aku masih mampu berkhidmat pada tuan aku.

Dua tahun berlalu, banyak perkara kami berkongsi. Hampir semua rahsia-rahsia tuan aku, yang aku simpan, tak kiralah sisi cerah atau gelap.hu. Aku berharap agar aku dapat berkhidmat dengan nya lebih lama lagi, walaupun aku tahu kelak, ketika tuan aku sudah bekerjaya, pasti aku hanya di gunakan untuk ke surau je.huhu.sekian


' orang yang bahagia, bukanlah orang yang memiliki segalanya, tapi orang yang bahagia, adalah orang yang menghargai segala yang di milikinya'